ZAINAL ARIPIN




LATAR BELAKANG PROF.IR.DR. ZAINAL ARIPIN BIN ZAKARIAH


  • Beliau mempunyai kelulusan di dalam Doktor Falsafah (Ph.D) di dalam bidang Total Technology- Electrical Engineering dari Bradford University, UK pada tahun 1986.
  • Beliau telah menyandang jawatan profesor di UTM pada tahun 1990 dan semenjak itu beliau telah memegang jawatan profesor di 8 (lapan) buah universiti tempatan.
  • Kini beliau adalah seorang profesor di UNISEL (universiti Selangor).
  • Beliau mendapat Diploma di dalam bidang Homeopathy pada tahun 1979 dan meneruskan pengajian dalam bidang ini di peringkat Advanced Diploma di London pada tahun 1984. Beliau mula terlibat dalam Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia pada tahun 1978. Dari tarikh itu beliautelah memegang jawatan seperti Penolong Setiausaha Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM), Timbalan Presiden PPHM,Presiden PPHM, Presiden Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia MPHM.Kini beliau masih aktif dalam PPHM sebagai Penasihat.
Prof. Zainal Aripin
  • Beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang homeopathy dan telah mempraktikkan ilmu perubatan homeopathy selama 32 tahun. Selain dari aktif di dalam persatuan, beliau juga telah membuka beberapa klinik homeopathy.
  • Pada tahun 2002, beliau membuat kajian tentang kombinasi penawar homeopathy dan beliau telah berjaya menghasilkan formula beliau sendiri untuk mengeluarkan beberapa jenis produk kesihatan yang dirumuskan dari penawar homeopathy. Setelah lebih kurang 4 tahun beliau mencuba produk tersebut pada diri sendiri dan
    di kalangan rakan-rakan. Akhirnya di atas permintaan dan desakan ahli keluarga serta rakan-rakan, pada2006 beliau denganrasminya mula mengeluarkan produk yang pertama di bawah jenama Vital Force Enterprise. Sehingga September 2011 beliau telah memformulasikan sebanyak 20 jenis produk kesihatan yang meliputi kegunaan untuk kaum lelaki, wanita dan kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment