Perubatan Homeopati adalah berasaskan prinsip persamaan yang bermaksud
“Sesuatu bahan yang boleh menyebabkan sesuatu simtom pada individu yang
sihat boleh mengubati simtom yang sama pada individu yang sakit”.
Tujuan
homeopati adalah untuk meningkatkan kuasa hayat supaya boleh
mengambalikan kesihatan tubuh badan. Penawar Homeopati berasal daripada
bahan asli yang telah diproses untuk dibuang bahan toksin dan penawar
yang wujud dalam bahan itu sahaja digunakan.
Dalam kebanyakan kes
penawar homeopati tidak boleh menyebabkan kesan sampingan. Jika penawar
(remedy/ubat) yang diberikan tidak tepat, maka ia tidak akan memberi
sebarang kesan. Sebarang tindakbalas yang dihadapi mengesahkan bahawa
individu tersebut mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan penawar
(remedy/ubat).
Homeopati mendedahkan simtom melalui reaksi semulajadi
tubuh badan yang melawan penyakit. Ia berlainan dengan perubatan
konvensional yang melegakan kesakitan hanya untuk sementara. Ubat-ubatan
homeopati diberi bersesuaian dengan keperluan individu dalam jumlah
yang kecil tanpa kesan sampingan. Apabila pesakit itu pulih, ia
merupakan kesembuhan yang kekal dan tidak memerlukan pergantungan kepada
ubat atau penawar yang lain.
No comments:
Post a Comment